Upah rakan baik rogol teman wanita sendiri hingga hamil

Upah rakan baik rogol teman wanita sendiri hingga hamil

TANGKAP layar perkongsian di TikTok milik @ntsyazzhr1
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan mendedahkan dirinya dirogol oleh tiga orang remaja lelaki yang mana salah seorang daripadanya adalah teman lelakinya sendiri sehingga menyebabkan dia hamil.

Menurut perkongsian di akaun milik @ntsyazzhr1 di aplikasi TikTok, pertemuan di rumah teman lelakinya itu kerana jemputan makan malam dari ibu lelaki tersebut.

Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila jemputan makan malam itu hanyalah penipuan yang direka oleh teman lelakinya bagi memuaskan nafsu.

Melalui perkongsian pada 9 September lalu, ketiga-tiga remaja lelaki tersebut bertindak memaksa dirinya untuk melakukan hubungan intim di rumah teman lelakinya itu sendiri.

Ketika kejadian, dia dalam keadaan sedar dan berusaha melawan untuk melarikan diri sehingga ditampar tetapi dirinya tidak mampu menandingi kekuatan tiga orang lelaki berkenaan.

Laporan polis sudah dibuat remaja berkenaan dan dia kini pulang ke kampung halaman bersama kedua ibu bapanya.

Warganet yang turut bersimpati dengan nasib gadis berkenaan turut meninggalkan komen sebagai tanda sokongan dan memberi semangat.

“Kalau dah lapor, jangan tarik semula walaupun dia atau ibu bapa dia merayu tau. Jaga diri and anak. Love you walaupun tak kenal,” komen @jasmine.wardah.

“Tolong jangan fikir ini adalah titik hitam hidup awak. Kekal kuat! Kita ada Allah untuk mengadu nasib,” tulis @laymeowi.

“Saya tak kenal awak tapi semoga awak kuat hadap dugaan ni. Kami semua sayang awak. Jangan patah semangat untuk hidup, biarkan mereka dapat balasan setimpal suatu hari nanti,” kata @izharrs. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya