UMS- JHEWA anjur bengkel lahir usahawan wanita Sabah

UMS- JHEWA anjur bengkel lahir usahawan wanita Sabah

Peserta bengkel bergambar bersama Haslina Ismail (depan empat dari kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) menganjurkan bengkel bagi memperkasa usahawan wanita dalam bahasa Inggeris, Kepintaran buatan dan media sosial.

Ini kerana kecekalan usa­hawan wanita merupakan kunci bagi kejayaan mereka dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dan kepintaran buatan (AI) dalam pemasaran media sosial.

Menurut Pengarah JHEWA Haslina Ismail, penguasaan asas bahasa Inggeris dalam media sosial adalah sangat penting bagi usahawan wanita memperkenalkan produk mereka ke peringkat yang lebih jauh khususnya untuk menarik perhatian pelanggan luar negara.

“Justeru, saya percaya bengkel-bengkel yang telah diadakan dapat membantu usahawan wa­nita meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mempromosikan produk mereka di platform media sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Bengkel Bahasa Inggeris untuk Pemasaran Media Sosial (Siri 3) anjuran JHEWA dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, baru-baru ini.

“Saya berharap agar kerjasama program pemindahan ilmu dengan UMS ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada peserta secara individu dan memupuk perkongsian ilmu antara UMS dan JHEWA.

Bengkel tiga siri ini bermatlamat untuk menangani isu dan masalah kemahiran komunikasi digital, terutamanya dalam kalangan usahawan wanita dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi pemasaran media sosial.

Terdahulu, Ketua Knowledge Transfer Program (KTP) PPIB, UMS Dr. Priscilla Shak berkata, penganjuran program tersebut merupakan salah satu usaha kerjasama dan kolaborasi dalam aspek pemindahan ilmu kepada komuniti.

“Peserta bengkel menunjukkan kesungguhan mereka dalam mempertingkatkan kemahiran penggunaan bahasa Inggeris dalam pemasaran media sosial.

“Terdapat beberapa orang peserta yang tidak mempunyai sebarang akaun perniagaan media sosial pada awal bengkel. Namun begitu, mereka kini bukan sahaja telah menubuhkan akaun perniagaan Facebook dan Instagram mereka sendiri tetapi berupaya untuk menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan dalam bahasa Inggeris bagi media sosial mereka,” jelas beliau. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN