Ujian empat beranak hidap kanser, masalah organ

Ujian empat beranak hidap kanser, masalah organ

ANNIS Irdahanini Mohd. Ghazali yang menghidap kanser payudara mengurut badan ibunya, Nashieha Hassan yang baru menjalani pembedahan hati di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Setelah lebih 20 tahun berdepan dugaan menjaga tiga anak yang menghidap kanser payudara, seorang wanita kini berdepan satu lagi dugaan apabila dirinya pula disahkan menghidap kanser radang hati sejak tiga bulan lalu.

Menurut Nashieha Hassan, 38, selain kanser tersebut, dia juga diuji dengan beberapa penyakit lain melibatkan organ badan iaitu jantung, paru-paru dan batu karang.

Katanya, penyakit kanser itu benar-benar mendatangkan kesan terhadap dirinya.

“Tiga anak saya iaitu Annisa Shazwanee Mohd. Ghazali, 22, Annis Irdahanini, 20, dan Annis Irna Najihah, 17, bukan sahaja menghidap kanser payu­dara malah masing-masing turut mengalami penyakit jantung berlubang dan kencing manis kronik.

“Selama ini saya masih mam­pu untuk menjaga mereka, namun sejak diserang kan­ser radang hati, saya tidak lagi bermaya. Saya baru menjalani pembedahan hati empat hari lalu. Buat masa ini, belum dapat bergerak,” katanya.

Selain tiga anaknya itu, Nashieha turut mempu­nyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan keduanya bersa­ma Syed Muhamad Syahafiz Syed Syukri, 39, iaitu Syed Muhamad Shahanaz, 11. Tambahnya, sebelum ini dia menyara hidup dengan mengambil tempahan jahitan manakala suaminya hanya me­lakukan kerja-kerja kampung. Sementara itu,

Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang turut mengunjungi keluarga tersebut berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan diperlukan keluarga tersebut.

“Sebelum ini kami pernah membantu anak-anak pasangan ini dan kini kami membantu Nashieha pula,” katanya. Mereka ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun BSN bernombor 0299541100375112 atau menghubunginya di talian 011-39279007. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN