Tunku Azizah dikurnia Darjah Kerabat Selangor - Utusan Malaysia

Tunku Azizah dikurnia Darjah Kerabat Selangor

Tunku Azizah
TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati yang dikurniakan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK) di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan darjah tersebut ulang tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-78 pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat Selangor Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sempena.

Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan berangkat pada istiadat tersebut yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi.

Sebelum ini, baginda berkenan mengurniakan Darjah Kerabat (DKII) kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Datuk Putra Tengku Azman Shah bersama 95  penerima darjah kebesaran dan pingat masing-masing dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri pada Isnin lalu.

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati adalah Darjah Kebesaran tertinggi Selangor.

Darjah Kebesaran itu yang dizahirkan pada tahun 1961 mengandungi seutas kalung, lencana kalung, bintang darjah, selempang dan lencana Selempang.

Darjah tersebut dikurniakan kepada kaum kerabat diraja di Malaysia selain kepada raja-raja negara lain sebagai tanda penghormatan dan persahabatan yang akrab dengan Sultan Selangor.

Pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor tahun ini, Tunku Azizah mengetuai seramai 97 orang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri.

Turut terima ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamad Ab. Rahman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Berhad, Datuk Seri Yeoh Seok Hong yang menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).

Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dan Perunding Urologis Pusat Perubatan Subang Jaya, Prof. Datuk Dr. Tan Hui Meng pula menerima Darjah Kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya