Tiga sang bedal gergasi tumpas

Tiga sang bedal gergasi tumpas

BUAYA terbesar yang ditangkap di Pantai Pekan Lahad Datu pada tahun lalu-Ihsan JHL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah merekodkan tiga kes tangkapan buaya gergasi yang bersaiz antara lima hingga 5.3 meter panjang, termasuk buaya yang mati ditembak di Kampung Desa Bajau, Lahad Datu semalam.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, sebanyak dua kes tangkapan buaya gergasi telah dilakukan sebelum ini masing-masing satu di Lahad Datu dan Kinabatangan.

Beliau berkata, saiz kedua-dua buaya yang ditangkap dan mati ditembak sebelum ini lebih besar berbanding tangkapan yang dilakukan di Kampung Desa Bajau pada Isnin.

Berdasarkan prosedur apabila ada laporan kehadiran buaya di kawasan perkampungan, tindakan menembak akan dilakukan demi keselamatan penduduk kampung.

“Ada kalanya apabila ada laporan tapi, tiada buaya kelihatan, kita akan memasang perangkap terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pada Isnin, buaya gergasi sepanjang hampir lima meter dengan berat 1.2 tan ditumpaskan dengan tujuh das tembakan di Kampung Desa Bajau, Lahad Datu.

Pegawai JHL Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, selepas cubaan menangkap menggunakan kaedah menjerut tidak berhasil, pihaknya terpaksa melepaskan tujuh das tembakan kira-kira pukul 7.30 malam untuk menangkap buaya berkenaan.

Buaya itu kemudiannya ditarik ke daratan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan bantuan orang kampung.

Katanya, bangkai buaya dibawa ke perumahan hidupan liar untuk dilupuskan.

Menurut beliau, pada September tahun lalu, pihaknya turut menembak seekor buaya bersaiz lebih besar iaitu sepanjang 5.3 meter di Pantai Pekan Lahad Datu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN