Sentiasa maklum, tanya pendapat cara dia hargai saya - Zizi Kirana - Utusan Malaysia

Sentiasa maklum, tanya pendapat cara dia hargai saya – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak pernah meletakkan syarat atau larangan, penyanyi rap, Zizi Kirana, bersyukur kerana suaminya, Yusuf Bahrin ringan mulut bertanya pendapatnya dalam hal-hal melibatkan pekerjaan.

Zizi atau Nur Fazelah Mat Tahir, 38, tahu bahawa tindakan itu dilakukan Yusuf demi menjaga hati serta tanda hormat kepadanya sebagai seorang isteri.

“Saya tidak pernah melarang atau mengarahkan Yusof buat apa-apa dalam hal melibatkan kerjaya kerana saya percayakannya.

“Namun dia rajin bertanya atau memaklumkan kepada saya apa yang terjadi seperti adegan buka baju di sebuah filem terbaharunya. Kadang dia rajin update apa yang terjadi di set agar saya tidak risau.

“Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang menghargai dan menghormati sekali gus membuatkan kepercayaan kami semakin kuat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut penyanyi Eh itu lagi, dia sedaya upaya tidak akan mengganggu suaminya ketika sedang bekerja kecuali jika berlaku kecemasan yang memerlukan respons segera.

“Saya memang jenis tidak akan telefon atau mesej Yusof ketika dia sedang bekerja. Saya tidak mahu mengganggu fokusnya kerana saya juga begitu jika sedang bekerja.

“Cuma saya hanya akan telefon atau mesej sekiranya berlaku kecemasan. Itu sahaja,” tambahnya.

Gembira dengan penampilan sulung suaminya sebagai watak utama menerusi filem The Lord Musang King, Zizi adalah individu yang menyarankan Yusuf untuk menghadiri sesi casting semasa awal pemilihan pelakon dahulu.

“Dia jarang berlakon filem aksi, saya yang suruh dia pergi dan cuba dahulu. Saya gembira dia dapat berlakon bersama pengarah dari Korea Selatan.

“Memang saya nampak dia sangat berusaha sepanjang penggambaran dari pagi ke pagi. Balik sahaja dari latihan, dia akan diam kerana kepenatan,” tambahnya.

The Lord Musang King menemui penonton di panggung bermula semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya