Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengurniakan Anugerah Mualaf Contoh 2023 daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Maisarah Abdullah di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semangat kesukarelawanan sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat.

Baginda bertitah, semangat kesukarelawanan dapat memupuk semangat saling tolong-menolong selain dapat mempertingkatkan lagi tindakan efisyen ke arah kesejahteraan dan kelestarian kehidupan rakyat sejagat.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengurniakan Anugerah Mualaf Contoh 2023 daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Maisarah Abdullah atau nama lainnya Kingkan Panya di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Maisara merupakan pemegang Ijazah dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris dari Universiti Chiang Mai, Thailand menerima sumbangan sebanyak RM1,000 dan juga cenderamata daripada MAIPs selain sijil.

Dia mempunyai pengalaman luas sebagai seorang sukarelawan serta pernah menjadi penterjemah di Bangkok Asian Games dan juga di Chiang Mai Sea Games.

Kini dia bergiat aktif sebagai jurulatih bola tampar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman dan Sekolah Kebangsaan (SK) Beseri.

Ibu tunggal kepada empat orang anak itu berniaga beras pulut secara kecil-kecilan bagi menyara keluarganya dan terus mendalami dan mendapat bimbingan berkaitan Agama Islam di PERKIM Perlis.

Titah baginda, Maisara merupakan salah satu contoh Mualaf yang cekal dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu serta memperbaiki kehidupan diri serta keluarga.

“Sikap sebeginilah yang perlu dicontohi dan diteladani semua,” titah baginda.

Dalam majlis yang sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada seramai 140 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Paya dan Padang Lati di mana masing-masing menerima RM700 menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM98,000 pada kali ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya