Saya tiada kuasa pengaruh keputusan Pentas Marhaban - Tilmiz Fahmi - Utusan Malaysia

Saya tiada kuasa pengaruh keputusan Pentas Marhaban – Tilmiz Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara program realiti Pentas Marhaban terbitan TV AlHijrah, Tilmiz Fahmi tidak mempunyai kuasa dalam menentukan senarai peserta bagi program realiti terbabit.

Jelas Fahmi, dia tidak ada kena mengena dengan pemilihan pembabitan kumpulannyq, Al Maqari pada konsert minggu kelima yang bakal berlangsung esok.

Fahmi atau nama sebenarnya Muhamad Nurfahmi Zainal, 23,berkata, walaupun bertugas sebagai pengacara program terbabit, namun dia tidak diberikan sebarang keistimewaan oleh pihak produksi stesen TV itu.

“Memandangkan masih ada lagi persoalan mengenai isu status saya dengan Al Maqari di pentas marhaban, di sini saya nak jelaskan saya hanya bertindak sebagai hos sahaja.

“Manakala Al Maqari pula adalah peserta program ini. Saya tidak diberikan sebarang kuasa atau keistimewaan untuk menentukan siapa juara pada minggu akan datang atau minggu ini.

“Pemarkahan 100 peratus diadili oleh juri tetap dan juri jemputan,” ujarnya.

Sebelum itu, pengacara itu mendedahkan dirinya menerima mesej peribadi di Instagram daripada pengikut yang mempertikaikan pembabitan kumpulannya, Al Maqari di Pentas Marhaban.

Konsert minggu kelima Pentas Marhaban bakal menyaksikan pertembungan di antara kumpulan Al Maqari dan Qalbun Hadi.

Dalam masa sama, Fahmi turut menolaj dakwaan orang ramai kononnya Al Maqari tidak memberi peluang kepada pendatang baharu untuk mencuba nasib dalam mana-mana program realiti TV

“Ini adalah satu tohmahan yang salah dan tuduhan berat. Al Maqari sendiri bukan kumpulan yang sudah berkecimpung berbelas tahun dalam bidang ini.

“Kami baru nak menapak dan kuatkan lagi jenama kumpulan ini di platform TV khususnya.

“Jika anda rasa layak untuk menyertai mana-mana program, kita bersaing secara sihat. Kita tunjukkan usaha dan komitmen serta jangan ada perbalahan,” katanya.

Selain Fahmi, Pentas Marhaban turut dihoskan oleh pelakon dan pengacara popular Syamsul Ghau Ghau.

Untuk info, Pentas Marhaban akan bersiaran selama lapan minggu dan sebanyak dua kumpulan akan berentap pada setap minggu.

la akan diadili oleh dua juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis( Along Gambus) bersama seorang lagi juri jemputan.

Pentas Marhaban bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital
TV Al Hijrah pada setiap Sabtu, pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN