Ribuan pokok kiambang hanyut 'ganggu' urusan penduduk

Ribuan pokok kiambang hanyut ‘ganggu’ urusan penduduk

KEADAAN sebuah rumah penduduk yang dinaiki air banjir yang dipenuhi pokok kiambang di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Ribuan pokok Kiambang yang dihanyutkan arus banjir sejak beberapa hari lalu ‘mengganggu’ urusan keluar masuk penduduk menggunakan bot di beberapa buah kampung di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati walaupun hidupan air itu kelihatan cantik seperti ‘hamparan karpet’ hijau namun situasi tersebut merumitkan urusan penduduk di Kampung Padang Licin, Banggol Ubi Keling, Gual Periok, Kusar, Pengkalan Rakit dan Gual Ketereh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk Kampung Padang Licin, Zamri Abdul Rahman, 33, berkata, memburukkan lagi keadaan pokok kiambang tersebut akan tersangkut pada enjin bot sekiranya mereka tidak berhati-hati.

“Selain itu, pergerakan bot akan menjadi sukar disebabkan jumlah pokok kiambang ini terlalu banyak.

“Ketika banjir penduduk di enam kampung ini terputus hubungan dan hanya bot yang boleh dilalui,” katanya ditemui di sini semalam.

Zamri memberitahu, situasi akan menjadi lebih parah sebaik sahaja air banjir surut apabila pokok kiambang itu akan mati dan membusuk sekali gus memberikan kesan tidak baik kepada penduduk.

Bagi Abdullah Awang, 63, berkata, kehadiran pokok kiambang ini mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk.

Katanya, pokok ini akan muncul setiap kali kampung ini dilanda banjir dan mereka tidak menolak kemungkinan hidupan ini datang dari Sungai Pengkalan Rakit selepas dihanyutkan arus banjir. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya