Remaja maut nahas rempuh lori

Remaja maut nahas rempuh lori

KEADAAN kemalangan kenderaan jenis Proton Saga yang merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di baju jalan berhampiran SK Sedarat Engkilili, Sri Aman Sarawak pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI AMAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah lori yang diletakkan di baju jalan berhampiran SK Sedarat Engkilili di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8:35 pagi tadi selepas kenderaan dinaiki mangsa merempuh belakang lori di bahu jalan raya berkenaan.

“Kereta yang dinaiki mangsa dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang parkir di bahu jalan semasa kerja memunggah barang-barang untuk pembinaan jejantas di kawasan tersebut.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, seorang remaja lelaki yang merupakan penumpang tersebut manakala manakala pemandu yang merempuh lori berkenaan mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital oleh pihak KKM sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” jelasnya.

Ujarnya lagi, mangsa yang mengalami cedera parah telah dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 9:30 pagi menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Bong Kuet Leong, 16 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN