PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Unit Litigasi Khas, Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Raja Rozela Raja Toran dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman berkuat kuasa hari ini.
Beliau merupakan bekas Ketua Pasukan Pendakwaan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Yayasan Akalbudi.
Sementara itu, Arziah Mohamed Apandi yang juga anak bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut dilantik memegang jawatan itu.
Kedua-duanya merupakan antara sembilan pegawai undang-undang yang dilantik pada majlis penyampaian surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman sebentar tadi.
Berita selanjutnya menyusul. -UTUSAN










