Pulihara jambatan kereta api 100 tahun berpotensi tarik pelancon

Pulihara jambatan kereta api 100 tahun berpotensi tarik pelancong

NIZA Harun menunjukkan jambatan kereta api lama di Kampung Sungai Sidin yang terbiar di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Penduduk di sini berharap jambatan kereta zaman British berusia lebih 100 tahun yang merentangi Sungai Tukang Sidin di sini dipulihara sebagai tarikan pelancong.

Jambatan keretapi itu dikatakan dibina pada tahun 1891 yang menghubungkan Tapah Road di Tapah hingga ke bandar Teluk Intan.

Tinjauan mendapati jamba­tan keretapi itu kini semakin dimamah usia dan terbiar, dipenuhi semak samun.

Seorang penduduk, Niza Ha­run berkata, jambatan keretapi itu dianggarkan berusia 131 tahun dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi jika kawasan itu di­pulihara semula dan dibersihkan.

Katanya, adalah merugikan jika warisan sejarah penting mengenai sistem pengangkutan pada zaman British itu terus terbiar dan mungkin akan musnah.

“Jambatan ini merentangi Sungai Sidin dan dibina landasan keretapi di atasnya. Kerana tidak lagi digunakan, jambatan ini terbiar, dinaiki semak samun dan besinya ada yang sudah dicuri.

“Saya percaya jika jambatan ini dipulihara ia boleh menjadi tarikan pelancong ke kawasan ini juga untuk generasi akan datang supaya mereka dapat belajar dan mengenal sejarah kawasan dan daerah ini.

“Walaupun sudah semakin uzur dan tidak lagi boleh digunakan, tetapi ia masih boleh dipulihara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, jika dipulihara, jambatan keretapi lama itu boleh menarik pelancong untuk melawat kesan sejarah zaman British itu.

“Saya percaya generasi muda hari ini berminat untuk melawat dan mengetahui mengenai wa­risan sejarah satu-satu tempat dan jambatan kereta ini mungkin menarik minat ramai untuk ke sini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN