KUALA LUMPUR: Karnival Kerjaya yang dianjurkan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani menawarkan lebih 45,000 peluang pekerjaan kepada pengunjung yang hadir. Kemudahan yang disediakan di sini adalah 36 reruai dengan lebih 102 kaunter perkhidmatan daripada pelbagai kementerian dan agensi untuk membantu memudahkan urusan orang ramai khususnya kepada pencari kerja. Pengunjung, Nurul Ashyiqin Asrin, 28, berkata, Karnival Kerjaya Madani adalah bukti inisiatif kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dengan mencipta lebih…










