Polis tunggu Interpol semak pangkalan data bantu kes Zayn Rayyan

Polis tunggu Interpol semak pangkalan data bantu kes Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pengkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu semakan pangkalan data Interpol berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

“Setakat ini pihak polis belum ada terima maklum balas dari mereka (Interpol) kita masih menunggu semakan pangkalan data Interpol bagi membantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Hussein, pihak polis masih menjalankan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan termasuk operasi pencarian bukti di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

“Siasatan polis masih diteruskan,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan, polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman di sini.

Hussein dilaporkan berkata, bantuan yang diperlukan daripada Interpol dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

“Kita pun ada maklumat (tidak didedahkan) yang mereka boleh bantu semak dalam ‘data base’ mereka (Interpol),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Hussein turut dilaporkan berkata, fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan ‘prime crime scene’ atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

“Seperti yang kita maklumkan, tempat mayatnya ditemui itu adalah ‘second crime scene’ (tempat jenayah kedua) dan kita biasanya kurang dapat keterangan fizikal yang boleh dikaitkan dengan penjenayah.

“Jadi dalam kes ini, pihak polis berhadapan cabaran untuk mengesan keterangan-keterangan sehingga tertangkapnya suspek atau mereka yang terbabit,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata, keadaan kes itu menyukarkan pihak polis untuk mengetahui di mana ‘primary crime scene’ dengan lebih awal, cabaran yang dihadapi oleh polis.

Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

“Daripada keseluruhan sampel itu, sebanyak 240 sampel sudah dianalisa dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia kita sudah pun dapat keputusan.

“Walau bagaimanapun, tiada keputusan positif yang dapat membantu siasatan buat masa ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya