Polis periksa unit rumah blok berdekatan tempat Zayn Rayyan ditemukan

Polis periksa unit rumah blok lain berdekatan Zayn Rayyan ditemukan

BEBERAPA anggota polis dari unit forensik PDRM kelihatan memasuki kawasan kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Beberapa unit kediaman di blok di Apartment Idaman, Damansara Damai diperiksa polis malam ini dipercayai bagi mencari petunjuk yang dapat membantu mengesan pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, proses pemeriksaan unit kediaman itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama-sama unit forensik, Bukit Aman.

Kata beliau, unit rumah yang diperiksa itu terletak di blok lain dan berhampiran tempat lokasi Zayn Rayyan ditemukan.

“Setakat ini, proses mengesan petunjuk baharu berkenaan sedang giat dilakukan ketika ini dan masih belum mana-mana suspek ditahan ketika ini,” katanya secara ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan ditemukan di tubuh mangsa berusia enam tahun itu.

Hussein berkata, beliau tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis menumpukan pelaksanaan tugas berdasarkan fakta kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya