PM sokong titah Sultan Selangor

PM sokong titah Sultan Selangor

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya orang bukan Islam tidak masuk campur dan menghormati urusan hal ehwal Islam.

Perdana Menteri berkata demikian dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

“Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut,” katanya.

Namun, Anwar berkata, orang bukan Islam boleh mendapatkan penjelasan lanjut melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab,” katanya.

Koo Ham sebelum ini menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan ini.

Beliau menjelaskan langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya