Petugas media diarah kosongkan kawasan bukti

Petugas media diarah kosongkan kawasan bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMANSARA: Memasuki hari kelima kes pembunuhan anak autisme, petugas media diminta untuk mengosongkan kawasan berdekatan blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai. 

Ia ekoran siasatan oleh pihak polis masih berjalan sekitar kawasan itu yang disyaki masih menyimpan bukti-bukti pembunuhan.

Namun, petugas media masih terus menanti kenyataan dari pihak polis di pondok berdekatan blok S bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Semalam, sepasukan polis forensik dilihat memasuki kediaman Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di sini bagi mengambil sampel berkaitan. 

Selain itu, dilaporkan polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Siasatan menyeluruh itu memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Apartmen Idaman selain penduduk di kawasan berhampiran. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.