Pesan Razlan kepada Isham, jangan cari populariti

Pesan Razlan kepada Isham, jangan cari populariti dengan ‘tembak kaki sendiri’

MOHD. Razlan Rafii ketika ditemu bual bersama media selepas selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam tadi.-UTUSAN SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil didakwa cuba mencari populariti dan political mileage dengan menyerang partinya sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafi berkata , Isham Jalil sengaja mengundang dirinya untuk diambil tindakan oleh parti demi kepentingan peribadi.

Kata beliau, mana-mana pihak sepatutnya apabila berada dalam sesuatu pertubuhan dan persatuan perlu ada sikap disiplin.

“Apabila dia (Isham jalil) mengambil tindakan itu (mengkritik parti) dia tahulah akibatnya. Yang kita kecewa apabila dia sengaja untuk diundang supaya diambil tindakan.

“ Yang sebenarnya kita kena  buat adalah berterima kasih kepada parti, kalau kita nak tindakan itu diambil dan nak menjadikan tindakan itu untuk popularkan diri seperti dia.

“Ini adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab, kalau macam saya orang parti lama, tidak suka dengan parti,  saya ambil tindakan untuk keluar,” katanya ketika ditemui pemberita semalam selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mengambil tindakan memecat Isham . Namun belum ada pengesahan mengenainya setakat ini.

Terdahulu, media melaporkan, Isham Jalil yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO itu dilihat kerap mengeluarkan kenyataan yang berbaur kritikan terhadap parti terutama dalam hubungan bersama DAP di dalam Kerajaan Perpaduan.

Isham berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu lalu dilihat sebagai menifestasi orang Melayu yang menolak kerjasama antara UMNO dengan DAP.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Isham Jalil untuk hadir ke mesyuarat tersebut  tetapi beliau (Isham) tidak hadir

Mengulas lanjut, Mohd. Razlan berkata mendakwa, apa sahaja tindakan yang diambil terhadap Isham, memang perancangan beliau sendiri dalam kerjaya politiknya.

“Apa pun tindakan telah diambil memang dia nak gunakan tindakan itu untuk dia mempopularkan diri, Isham Jalil ni tidak ada grassroot dan pengikut pun di bawah.

“Dia tidak tahu bagaimana perit sebagai seorang pemimpin parti untuk meningkatkan parti, sebab itu dia sibuk dengan Facebook dan tidak pernah bercakap tentang akar umbi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN