Perlawanan akhir Piala Malaysia: 1,400 anggota polis ditugaskan

Perlawanan akhir Piala Malaysia: 1,400 anggota polis bertugas

ZAM HALIM JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 1,400 anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. 

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, dijangka seramai 85,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.

Katanya, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi melibatkan pelbagai jabatan dan unit dalam PDRM. 

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium. 

“PDRM tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan perkarangan stadium,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zam berkata, Pihak PDRM telah dapat mengesan beberapa kumpulan yang cuba mencetuskan kekacauan, rusuhan serta provokasi melampau semasa perlawanan dan selepas tamat perlawanan bola sepak ini. 

Justeru itu, katanya, pihak PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang bertindak sedemikian dimana mereka boleh didakwa di mahkamah dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) atau Seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar).

“Orang awam dingatkan supaya menjaga tatasusila, beradab serta mempamerkan akhlak yang tinggi sepanjang menyaksikan perlawanan ini. 

“Orang awam juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka terutama ketika berada di tempat yang sesak bagi mengelakkan risiko penularan kes penyakit berjangkit seperti Covid-19 daripada terus meningkat,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya