Perkasa tentang idea batal Pusat Pemulihan LGBTQ

Perkasa tentang idea batal Pusat Pemulihan LGBTQ

IRWAN FAHMI IDERIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) menentang sekeras-kerasnya permintaan Justice For Sisters (JFS) yang mahukan Pusat Pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, dan queer (LGBTQ) di Johor dibatalkan dengan alasan pusat itu satu penyeksaan dan mencabuli hak asasi manusia. 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, JFS dan sesiapa yang selama ini memperjuangkan hak asasi manusia perlu ingat bahawa Malaysia tidak pernah mengiktiraf mana-mana golongan LGBTQ untuk dijadikan sebagai gaya hidup atau sebarang normalisasi perbuatan itu di negara ini. 

“Kenapa kita perlu untuk menormalisasikan perbuatan terhina ini untuk terus bertapak di Malaysia? Sedangkan jika kita lihat haiwan pun tidak melakukan hubungan sesama jantina. Adakah kita ini lebih teruk di haiwan?

“Apakah JFS tidak sedar sekiranya amalan LGBTQ ini terus diamalkan akan memberi kesan yang buruk kepada si pelaku untuk satu tempoh jangka masa yang panjang? 

“Tindakan JFS yang menggesa penilaian semula turut dibuat kepada semua pusat pemulihan di seluruh negara seperti itu adalah satu gesaan yang tidak bertanggungjawab. Perkasa tekankan bahawa golongan LGBT perlu dipulihkan agar mereka kembali ke fitrah yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mengulas lanjut, Irwan berkata, sebagai sebuah negara yang agamanya Islam, adalah perlu segala tindakan songsang diharamkan tidak diterima oleh semua agama serta kegiatan itu perlu dibendung dan dilenyapkan. 

“Dakwaan JFS yang menyebut Mahkamah Persekutuan ketepikan keputusan Mahkamah Syariah Selangor dalam isu seks luar tabie, ia tidak bermakna perbuatan itu diterima oleh Perlembagaan Negara. 

“Mahkamah Persekutuan sendiri beberapa kali menjatuhkan hukuman terhadap pelaku-pelaku seks luar tabie sebelum ini. JFS jangan cuba nak kaitkan kes di Mahkamah Syariah Selangor tersebut,” katanya. 

Beliau menambah, Perkasa menyambut baik dan menyokong cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk membina pusat pemulihan bagi mendidik dan sebagai satu platform kesedaran membawa semula masyarakat yang pernah terpesong jauh kembali ke pangkal jalan.

“Pada masa sama, Perkasa mahu undang undang jenayah syariah diperkasakan untuk terus memberikan kesedaran kepada semua terutamanya umat Islam dan semua agama melarang perbuatan terkutuk ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya