Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

SAARANI Mohamad menunjukkan dokumen ucapan Belanjawan Perak 2024 dalam sidang akhbar selepas sesi pembentangannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, semalam. /MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK itu termasuk kepada ahli majlis mesyuarat kerajaan, ex-officio, semua guru lantikan negeri, orang besar jajahan serta pekerja sambilan harian.

Katanya, bayaran penuh BKK itu akan dibuat pada 20 Disember ini.

“Kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi jasa dan komitmen penjawat awam sebagai tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan.

“Sebagai menghargai dedikasi tidak berbelah bahagi dalam memikul tugas yang diamanahkan, saya dengan ini mengumumkan pemberian BKK pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, semalam.

Menurut Saarani, bayaran BKK turut dipanjangkan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember 2023 pada kadar RM400 seorang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya