Pengasas Bawal Exclusive pakai busana bertakhta kristal Swarovski RM250,000 - Utusan Malaysia

Pengasas Bawal Exclusive pakai busana bertakhta kristal Swarovski RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mencuri tumpuan apabila menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Couture bertakhtakan kristal Swarovski yang bernilai RM250,000.

Busana berkenaan turut dihiasi 83,900 butir Swarovski sempena majlis makan malam meraikan ulangtahun ke-25 jenama itu di Hotel Sunway Resort di sini, malam tadi.

Malam gilang-gemilang bertemakan Magnificent Century berlatar belakangkan sejarah kerajaan Uthmaniah itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 800 tetamu termasuk reseller tudung berkenaan.

Majlis penuh gemerlapan ini mempamerkan koleksi-koleksi yang direka khas oleh jurureka kreatif Bawal Exclusive yang berharga antara RM10,000 sehingga RM113,000.

Dalam pada itu, Haliza berkata, sambutan ulang tahun ini menandakan satu peristiwa penting dalam aspek gaya, kreativiti dan inovasi dalam industri muslimah mewah yang sederhana.

Dengan perjalanan luar biasa yang menjangkau suku abad, jelasnya, Bawal Exclusive berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju trend dan ikon dalam dunia hijab.

Sejak penubuhannya pada 1998, Bawal Exclusive secara berterusan melonjakkan sempadan, mentakrifkan trend baharu dan memikat peminat fesyen di seluruh dunia.

“Sejak tertubuhnya jenama ini di sebuah butik kecil, Bawal Exclusive berkembang menjadi jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah memikat hati individu dalam dunia fesyen di lebih lima negara.

“Sepanjang 25 tahun lalu, Bawal Exclusive cukup terkenal daripada aspek ketukangan yang luar biasa, perhatian terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti.

“Setiap koleksi, sama ada tempahan ataupun tudung sedia ada, menceritakan kisah inovasi dan keperibadian, merakamkan intipati keanggunan moden dan gaya abadi sambil mengekalkan ciri-ciri kesopanan pada tahap terbaik,” jelasnya.

Sempena meraikan kejayaan ini, beliau berkata, Bawal Exclusive menghasilkan koleksi yang cukup istimewa sebagai memberi penghormatan bagi penggemar dunia fesyen hijab.

Menggabungkan reka bentuk klasik dengan perspektif yang segar, koleksi ini mempamerkan evolusi jenama, menjelmakan intipati perjalanan Bawal Exclusive dari tertubuhnya jenama ini sehingga sekarang.

“Pada masa hadapan, Bawal Exclusive kekal komited terhadap kemampanan dan amalan beretika.

“Demi menjaga kepentingan tanggungjawab, jenama ini akan terus berusaha untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, memastikan keindahan fesyen dapat dinikmati untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Semasa majlis itu, jenama berkenaan membuat sesi bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur yang dibuat khas sempena majlis berkenaan sahaja.

Hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin, Malaysia Medical Relief Society.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya