Pencen veteran ATM disemak dalam kajian SSPA

Pencen veteran ATM disemak dalam kajian SSPA

MOHAMAD Hasan ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Graduasi MKN, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) 2023 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak memandang sepi isu penyelarasan pencen dibangkitkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya ia turut disemak dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau meminta supaya veteran ATM bersabar sedikit masa lagi sebelum SSPA baharu diumumkan pertengahan tahun depan walaupun isu penyelarasan pencen itu sudah lama berlarutan.

“Minta bersabar, kita sedang buat. Bukan kita tak buat apa-apa. Itu terpulang kepada mereka nak bawa ke mahkamah. Itu hak mereka.

“Tapi bagi pihak kerajaan, penyelarasan pencen ATM ini juga akan dirangkumkan dalam kajian skim gaji penjawat awam yang sedang diteliti oleh JPA ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas
menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tahun 2023 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir veteran ATM yang memfailkan saman pemula terhadap kerajaan berhubung isu penyelarasan pencen baru-baru ini.

Katanya, apabila penyelarasan gaji penjawat awam dibuat, maka skim pencen ini akan disemak bersama bagi anggota ATM dan veteran ATM, malah ia tidak dibuat berasingan.

Mohamad berkata, ketika ini, JPA sedang rancak dan mengenal pasti serta berunding dengan semua pemegang taruh bagi melancarkan semakan SSPA itu sekali gus memberi jaminan tidak akan ada pihak yang tertinggal.

“Kita (kementerian) telah bagi input kepada JPA bagi melancarkan semakan saraan baharu itu dan dua tiga bulan ini tengah berunding macam-macam, boleh jadi (SSPA dimuktamadkan) bulan enam atau tujuh tahun depan.

“Kita faham dan bersama-sama dengan mereka (veteran ATM) untuk kita pastikan bahawa skim saraan pencen baharu kelak akan dapat dirasai oleh semua veteran ATM,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan penangguhan kes berhubung pelarasan pencen veteran ATM kepada 5 Februari tahun hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya