Pemandu tular langgar penunggang motosikal ditahan polis - Utusan Malaysia

Pemandu tular langgar penunggang motosikal ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Seorang pemandu Wira Aeroback yang didakwa melanggar penunggang motosikal di sebuah stesen minyak seperti yang tular di media sosial semalam ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan di sekitar Tasek Gelugor di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.

MOHD. ASRI SHAFIE

“Suspek ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan, sejurus kejadian dia dilanggar suspek terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback melanggar penunggang motosikal sebanyak dua kali sebelum beredar.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati disebabkan penunggang motosikal terbabit menegur pemandu berkenaan yang memotong tanpa memberi isyarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya