Pangkat pegawai kanan polis bukan untuk bermegah -Ayob Khan

Pangkat pegawai kanan polis bukan untuk bermegah -Ayob Khan

AYOB Khan Mydin Pitchay
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memberi peringatan kepada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak menjadikan pangkat untuk bermegah-megah.

Sebaliknya, Ayob Khan berkata, pangkat dianugerahkan kepada pegawai bukan hanya satu penghargaan, namun, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Pangkat datang dengan tanggungjawab dan amanah, bukannya untuk bermegah-megah dan mengambil kesempatan ke atas pangkat dan kedudukan kita,”  katanya ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, walaupun sebesar mana pangkat diterima, namun, tiada apa yang akan kekal selamanya. 

“Kita tidak tahu berapa lama akan hidup dan bila malaikat maut menjemput dan apabila kita pergi (meninggal dunia) yang tinggal hanyalah amalan.

“Ingatlah pesanan yang sering diberikan, pahala, dosa dan hidup dan mati dunia dan akhirat. Setiap yang kita buat di dunia akan dibalas di alam kubur dan di Padang Mahsyar.

“Kalau baik amalannya, luaslah kubur kita nanti dan dipermudahkan di Padang Mahsyar  

jika sebaliknya, maka janganlah kita menyesal selepas kita meninggalkan dunia ini nanti,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Komisioner Polis Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Hassan Wan Ahmad menerima surat pelantikan sebagai Pengarah JPJKK Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Seri Aidi Ismail yang bersara wajib pada 1 Januari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya