Orang cakap gemuk? Tak apalah, saya tak kisah pun - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Orang cakap gemuk? Tak apalah, saya tak kisah pun – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kali menafikan dirinya sedang hamil lantaran dilihat semakin berisi, pelakon, Diana Danielle tidak pernah terasa hati dengan komen-komen netizen yang menggelarkan dirinya gemuk.

Jelas pelakon itu, dia memahami perhatian serta niat baik yang dilayangkan segelintir warganet dan tidak mahu berfikiran negatif hanya kerana ditegur berat badan yang berbeza daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah, lantaklah nak cakap cakap macam mana pun. Saya selesa dengan berat badan saya. Naik 10 kilogram tau. Sekarang saya dan suami, Farid sedang berselera makan. Pembantu kami pun masak sedap.

“Jadi saya fikir, ini adalah normal sahaja. Saya pun faham niat murni warganet apabila mereka bertanya tentang kehamilan. Orang kata fasa bahagia kan. Tetapi saya memang susah nak naik berat badan, bila naik gembira rasa.

“Kalau soal anak, bukan sekarang. Tak mampu, bukan dari segi kewangan tetapi perhatian. Kami mahu fokus dahulu Muhammad dan Aurora. Yang kecil itu pun, belum sedia nak jadi kakak (Aurora),” ujarnya.

Sementara itu, bercakap soal rumah tangga, Diana yang rujuk semula dengan suami, Farid Kamil bersyukur peluang kedua dalam perkahwinannya memberi ruang untuk mereka terus belajar memperbaiki kekurangan sebagai suami isteri.

Kongsi pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu, perkahwinan selepas rujuk semula pada 31 Ogos lalu kini semakin stabil dan kemanisan kebahagiaan itu dapat dirasai bersama.

“Apa yang saya dapat lihat adalah usaha kami ini membuatkan anak-anak semakin fokus di sekolah. Prestasi mereka meningkat dengan mendadak.

“Gembira untuk anak-anak, berbalo kami buat (rujuk semula). Banyak yang kami perlu usaha terus. Kekurangan itu pasti ada tetapi kami perbaiki hari ke hari. Belajar memaafkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya