Mustahil OIC boleh ada pakatan tentera

Mustahil OIC boleh ada pakatan tentera

SYED HAMID ALBAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mewujudkan pakatan ketenteraan adalah tidak masuk akal kerana prinsip penubuhan organisasi yang tertubuh sejak 1969 itu hanyalah atas dasar kerjasama persahabatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan sebarang konflik yang melibatkan negara anggota OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ia hanyalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Negara-negara OIC tidak boleh mempunyai pakatan ketenteraan sebab mereka akan membeli kelengkapan infantri daripada negara Britain.

“Mustahil kita boleh menggunakan peralatan untuk ‘membantai’ atau menyerang ‘rakan-rakan’ sekutu (allied) yang mesra dengan negara itu sendiri (Israel),” katanya.

Beliau mengulas mengenai cadangan yang bertebaran dalam aplikasi X supaya OIC menu­buhkan pakatan kententeraan bagi menentang kezaliman Zionis Israel di Semenanjung Gaza.

Dalam masa sama, Syed Hamid berkata, dua pertiga negara OIC adalah negara miskin dan mundur serta tidak mempu­nyai kewangan mencukupi bagi pembelian persenjataan.

“Kebanyakan negara anggota adalah negara yang tidak maju, mundur dan tiada ‘fulus’ (duit).

“Sebab itu, (Palestin) perlu mempunyai ruang kebebasan dan menghasilkan sendiri persenjataan bagi menentang Zionis Israel. Ikutkan hari ini sebenarnya Israel sudah kalah sebab gagal menawan Utara Gaza selepas lebih sebulan me­lakukan serangan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pejuang Hamas sudah lama mahu membebaskan negara Palestin daripada penjajahan kaum pendatang (Zionis Israel) yang mendabik dada dengan jenayah genosid dan sistem aparteid.

“Soalnya bukan rakyat Palestin mahu keluarkan Yahudi (dari Gaza), soalnya menghalau keluar Zionis Israel yang sentiasa merasakan mereka adalah bangsa istimewa.

“Israel adalah pengganas sebenar termasuk Amerika Syarikat. Apatah lagi dengan cadangan two-state solution yang dilaungkan Barat. Saya langsung tak pernah bersetuju,” tegasnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya