Lelaki Terengganu goda isteri orang berdepan tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Lelaki Terengganu goda isteri orang berdepan tindakan undang-undang

WAN Mohd. Zakri Wan Mohd. (belakang, dua dari kiri) dan Maliaman Kassim (belakang, dua dari kanan) bersama sebahagian 21 ibu tunggal yang menerima bantuan pendahuluan nafkah di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perbuatan lelaki menggoda isteri orang di Terengganu masih boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun Mahkamah Persekutuan telah memansuhkan Seksyes 498 Kanun Keseksaan berkaitan perkara tersebut.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, perbuatan menggoda atau memikat isteri orang adalah satu kesalahan syariah mengikut
Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

“Mahkamah syariah juga boleh mengarahkan wanita terbabit kembali patuh kepada suaminya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan pendahuluan nafkah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim menyampaikan bantuan tersebut kepada 21 orqng ibu tunggal.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 498 Kanun Ke­seksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat apabila mengisytiharkan seksyen itu tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan ­jantina.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sistem perundangan syariah adalah berbeza dengan undang-undang sivil kerana isteri dianggap milik suami sepenuhnya dan berdasarkan undang-undang Islam, suami bertanggungjawab penuh terhadap isterinya.

“Namun, di Terengganu masih belum ada sebarang kes pendakwaan mana-mana lelaki memujuk isteri orang yang dibawa ke mahkamah syariah negeri ini.

“Apa yang pernah berlaku ialah, alasan penceraian kerana isteri mengikut orang lelaki keluar dari rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya