Lelaki Myanmar ditahan belasah kekasih guna kerusi plastik, batang besi

Lelaki Myanmar ditahan belasah kekasih guna kerusi plastik, batang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas dilaporkan membelasah teman wanitanya hingga cedera parah. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam 10 Disember lalu di sebuah rumah dalam kebun sayur di Sri Lalang, di sini.

Katanya, berikutan kejadian itu, seorang wanita berusia 36 tahun cedera parah dan kini dirawat  di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang. 

“Lelaki berkenaan membelasah teman wanitanya menggunakan kerusi plastik dan batang besi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Bahrin, susulan daripada kejadian itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun ditahan pada pukul 9.30 pagi, Rabu lalu bagi membantu siasatan. 

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua puluh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

“Tempoh tahanan reman enam hari sehingga  19 Disember ini dikenakan kepada lelaki itu bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN