Lelaki ditahan disyaki jadi keldai akaun sindiket penipuan online - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan disyaki jadi keldai akaun sindiket penipuan online

SUSPEK yang ditahan polis selepas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pembelian kereta terpakai menerusi online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pembelian kereta terpakai sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM21,150.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah, pada Selasa lalu.

”Berdasarkan laporan, mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun berminat untuk membeli sebuah kereta terpakai jenis Mini Cooper (S) 2.0 cc dengan harga RM37,000 setelah melihat iklan penjualan melalui Facebook Car Giant Autos dan terus berurusan dengan suspek melalui WhatsApp.

”Mangsa yang merupakan seorang juruteknik telah membuat enam transaksi secara atas talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,150 sebelum menyedari telah tertipu kerana suspek masih meminta wang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Dalam pada itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan sebagainya.

”Polis juga menyarankan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM , melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di aplikasi Google Play Store ‘semak mule CCID’ sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya