Konvensyen Amanah Nasional: Siapa akan teraju penggal baharu Amanah? - Utusan Malaysia

Konvensyen Amanah Nasional: Siapa akan teraju penggal baharu Amanah?

Konvensyen Amanah
PEMILIHAN kepemimpinan Amanah bagi penggal 2023 hingga 2026 diadakan pada Konvensyen Amanah Nasional 2023 di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penentuan kepemimpinan Parti Amanah bagi penggal 2023-2026 akan diketahui hari ini apabila pemilihan 27 jawatankuasanya yang akan bermula pada Konvensyen Amanah Nasional 2023 pukul 12 tengah hari.

Walaupun mengamalkan konsep ‘menang tidak menang semua, kalah tidak kalah semua’, namun empat sosok yang menjadi tumpuan dalam pemilihan kali ini yang sebelum ini dijangka akan menentukan kepemimpinan.

Mereka adalah presiden sendiri, Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Seri Mujahid Yusof; Pengarah Komunikasi, Khalid Abd. Samad dan Pengarah Strategik, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun, penentuan tersebut hanya dilakukan selepas 27 anggota jawatankuasa parti dipilih lebih 1,000 perwakilan yang layak mengundi, kemudian satu mesyuarat khas dipengerusikan speaker diadakan untuk menentukan lima jawatan tertinggi iaitu presiden, timbalan dan tiga naibnya.

Pada pagi ini, konvensyen bermula dengan pembentangan usul yang dibawa oleh perwakilan dari 169 kawasan, 14 negeri dan tiga sayap nasional.

Menurut Khalid, sebanyak 89 usul diterima oleh sekretariat nasional untuk dinilai dan ditapis sebelum disusun mengikut 10 kategori.

“Pembahagian dibuat mengikut 10 kateogri bagi memduahkan pemahaman dan pelaksanaan pada masa hadapan antaranya berkaitan pindaan perlembagaan, dasar dan program, isu semasa, pengurusan dan pentadbiran parti serta urusan politik dan pilihan raya,” katanya dalam taklimat pembentangan usul, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan perwakilan yang hadir supaya meletakkan kepentingan parti melebihi cita-cita peribadi untuk memastikan Amanah dapat ditingkatkan pengaruh dan penerimaan daripada pengundi.

“Perpaduan senang kalau hati kita bersih dan kita pentingkan parti dan negara lebih daripada kita pentingkan cita-cita peribadi. Saya hendak katakan saya kecewa bila ada bantahan tidak disampaikan kepada jawatankuasa bantahan tetapi bila tak puas hati bawa ke media, maknanya bila bawa ke media kamu tak pentingkan kesan buruk terhadap parti.

“Macam mana hendak ada perpaduan. Jangan lihat penglibatan kita (dalam parti) sebagai kerjaya, ‘saya hendak jawatan lalu lawan’, tak boleh. Kita berjuang atas satu mesej politik rahmah. Kita berjuang dan berkorban. Insya-Allah,” tegasnya.

Seramai 102 orang dicalonkan dalam pemilihan jawatankuasa pusat Amanah yang akan memulakan proses pengundiannya oleh perwakilan pada hari ini di Hotel Wyndham Acmar, Klang. 

Antara yang tercalon ialah Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Menteri Kesihatan, Dzulkefly; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid dan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mahfuz Omar.

Selain itu, turut tercalon ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Izham Hashim; ADUN Batu Tiga, Danial Al-Rashid; ADUN Sungai Rapat, Mohd. Nizar Jamaluddin dan Ahli Dewan Negara, Senator Mohd. Hatta Md. Ramli. 

Turut dicalonkan adalah dalam kalangan wanita seramai 10 orang iaitu ADUN Taman Templer, Anfal Saari; ADUN Kota Lama, Hafidzah Mustakim; Norhayati Bachok, Norhayati Bidin, Normah Yusof, N. V. Pushpa, Raza Shahean @ Askolani, Siti Mariah Mahmud, Zaiton Lati dan Zulaiha Mohd. Azam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya