Konvensyen Amanah Nasional: Dzulkefly peroleh undi tertinggi - Utusan Malaysia

Konvensyen Amanah Nasional: Dzulkefly peroleh undi tertinggi

Konvensyen Amanah
DZULKEFLY Ahmad ungguli undi tertinggi dalam pemilihan 27 jawatankuasa nasional Amanah pada Konvensyen Amanah Nasional 2023 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad ungguli undian tertinggi antara 27 yang terpilih jawatankuasa nasional Amanah apabila memperoleh sokongan 900 undi dalam pemilihan parti itu pada Konvensyen Amanah Nasional 2023 hari ini.

Pengarah Strategi Amanah itu menduduki tempat pertama meninggalkan Presiden, Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Seri Mujahid Yusof yang masing-masing mendapat 699 dan 613 undi.

Manakala, Pengarah Komunikasi yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad menduduki tangga kedua dengan perbezaan satu undi iaitu 899.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof memperolehi 755 undi menduduki tangga ketiga diikuti Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri; bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar (694); Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat (682) dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (643).

Menduduki tangga kesembilan, Datuk Dr. Hasan Bahrom (595), seterusnya bekas Exco Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud (584); Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (555); Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (549), Muhammad Faiz Fadzil (527) dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan (520).

Manakala, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Selangor, Anfal Saari menduduki tangga ke-15 dengan 515 undi, sementara seorang lagi exco negeri ini, Izham Hashim mendapat 512 undi.

Tempat ke-17 diduduki Datuk Dr. Ismail Salleh dengan 489 undi, seterusnya Ahmad Sabki Yusof (467); Lahirul Latigu (465); Dr. Ahmad Termizi Ramli (462); Datuk Asmuni Awi (457); Exco Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (442); Ridzwan Abu Bakar (425) dan Datuk Sofi Wahab (423).

Bagi tiga tangga terakhir pula diduduki Wan Anwar Wan Ibrahim dengan 388 undi; Dr. Muhaimin Sulam (383) dan Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus (377) masing-masing menduduki tangga ke 25, 26 dan 27.

Bagi jawatan lain, Azhar Ab. Shukur menang kerusi Speaker dengan memperolehi undi sebanyak 509 meninggalkan penyandang, Yuhaizad Abdullah yang mendapat 494 undi.

Sementara timbalan pula dimenangi oleh Onn Jaafar dengan mendapat 426 undi menewaskan enam calon lain.

Manakala Muhammad Faridzman Mansor dan Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar masing-masing memenangi 736 dan 502 undi terpilih sebagai juruaudit.

Kesemua 27 yang mendapat undi tertinggi itu kemudian diarahkan bersama Speaker untuk mengadakan mesyuarat bagi memilih presiden dan timbalan serta tiga naib presiden yang baharu bagi penggal 2023 hingga 2026.

Terdahulu seramai 1,003 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang diadakan secara dalam talian pada konvensyen tersebut berbanding 1,073 layak, lima kertas undi dilaporkan tidak dikembalikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN