Konsesi baharu Pelabuhan Barat, tingkat kapasiti kontena 27 juta TEU

Konsesi baharu Pelabuhan Barat, tingkat kapasiti kontena 27 juta TEU

ANTHONY Loke pada Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan Pelabuhan Barat antara Kerajaan Malaysia, LPK dan Westport di Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan Pelabuhan Barat yang dimeterai hari ini dijangka meningkatkan kapasiti pengendalian kontena daripada 14 juta TEU kepada 27 juta TEU.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kapasiti tambahan TEU (unit bersamaan 20 kaki)  itu adalah berdasarkan unjuran konsesi baharu Pelabuhan Barat bagi tempoh 58 tahun bermula 2024 hingga 2082.

Beliau berkata, pembesaran terminal Westport Sdn. Bhd. (Westport) membabitkan CT10 hingga CT17 itu membabitkan pelaburan keseluruhan bernilai RM39.6 bilion selain membuka lebih 6,000 peluang pekerjaan.

“Pembangunan baharu ini akan memberi impak ekonomi sebanyak RM55 bilion serta menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM19 billion.

“Pembangunan itu membabitkan pembesaran terminal kontena dan penggunaan teknologi hijau sekali gus menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan yang canggih dan lestari,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan Pelabuhan Barat antara Kerajaan Malaysia, LPK dan Westport di sini, hari ini.

Katanya, beliau percaya bahawa inovasi dan pembaharuan berterusan adalah penting untuk menjaga daya saing dan keunggulan Pelabuhan Klang di peringkat antarabangsa.

Loke berkata, beliau juga percaya antara kerajaan, LPK dan Westport akan membawa kepada pencapaian yang lebih besar dan membina masa depan yang lebih cerah bagi industri pelabuhan, perkapalan dan logistik di Malaysia.

Menurutnya, sebanyak RM50 juta disediakan secara geran padanan bersama LPK bagi menyelenggarakan jalan raya di sekitar Pelabuhan Klang di samping menguatkuasakan had beban lebih muatan ke atas kenderaan berat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya