Kerajaan pantau trend ketibaan pelawat China, India

Kerajaan pantau trend ketibaan pelawat China, India

SEBAHAGIAN pelancong tiba di kaunter masuk pintu sempadan KLIA berikutan Pelan Liberalisasi Visa di Terminal 1 KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memantau rapi trend ketibaan pelawat dari China dan India yang mula mendapat hak pengecualian visa selama tempoh 30 hari.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail walau bagaimanapun berkata, buat masa ini adalah terlalu awal bagi membuat sebarang rumusan pelaksanaan pelan liberalisasi itu.

Beliau berkata, berdasarkan data Malaysia Airports Holdings Berhad, sejumlah 200 penerbangan masuk dari dua negara itu di KLIA setakat semalam.

“Ada 108 penerbangan dari China sejak 1 Disember lalu, manakala dari India pula sudah mencatatkan 92 penerbangan dan masih dianggap awal untuk diulas terperinci,” katanya dalam sidang akhbar ketika meninjau pelaksanaan pelan liberalisasi visa di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Saifuddin pada masa sama optimis dengan kesiapsiagaan pihak imigresen bagi menyantuni ketibaan tinggi pelawat asing di KLIA susulan pertambahan kaunter baharu selain kesemua 60 kaunter beroperasi ketika waktu puncak.

Usaha tersebut ujar beliau, juga sebagai persediaan rapi menjelang Tahun Melawat Malaysia pada 2026 dengan sasaran lebih 26 juta pelancong dari seluruh dunia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya