Keputusan Madrid boleh batalkan award AS$15 billion

Keputusan Madrid boleh batalkan award AS$15 billion

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berharap keputusan Mahkamah Madrid, Sepanyol boleh memberi jaminan untuk mematikan penganugerahan pampasan berjumlah hampir 15 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) yang diberikan Gonzalo Stampa kepada kumpulan Sulu.

Setakat ini, Mahkamah Madrid masih belum membuat keputusan sama ada Stampa bersalah terhadap tuduhan jenayah menghina mahkamah yang serius serta amalan profesion tanpa kelayakan, yang didengar hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penghakiman itu nanti penting bagi menyakinkan bahawa tuntutan kumpulan Sulu melalui perintah Stampa sebelum ini adalah tidak boleh diterima dan tidak sah.

Katanya, ini kerana pihaknya tidak menolak kumpulan Sulu boleh membuat tuntutan sampingan bagi menguatkuasakan anugerah akhir itu

“Kita berharap keputusan mahkamah tersebut memberikan kekuatan lebih kepada Malaysia sebagai jaminan semua tuntutan di mana-negara negara kemungkinan yang timbul boleh dimatikan, tanpa ada apa-apa pertikaian sampingan.

“Kesahihan yang kita cari sekarang ialah mengesahkan bahawa ia (anugerah akhir) telah berlaku melebihi daripada kuasa sebab dia (Stampa) tidak ada kuasa.

“Jadi nak ada perintah mahkamah beri jaminan kepada rakyat dan Malayisa supaya tidak ada lagi perkara merepek ini berlaku.

“Kedua, saya nak kalau boleh (Stampa) dimasukkan penjara sebab perangani dia yang kurang ajar kepada Malaysia serta rakyatnya dan bukan (sekadar) saja didenda,” katanya dalam sidang akhbar secara atas talian.

Terdahulu, Stampa dituduh di Mahkamah Madrid, Sepanyol hari ini atas dakwaan jenayah selepas bertanggungjawab menganugerahkan pampasan sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia kepada kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Pada 6 Jun lalu, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar anugerah yang diberikan pada 25 Mei 2020 oleh Stampa dalam kes yang difailkan oleh lapan individu itu.

Stampa telah memberikan anugerah akhir sebanyak AS$14.9 bilion kepada kumpulan itu dan Malaysia terpaksa menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkannya di mahkamah Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

Malaysia melakar satu lagi kejayaan apabila Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan anugerah akhir tersebut di negara itu.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan anugerah akhir itu, kumpulan Sulu dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya