Kempen Year End Zakat PPZ-MAIWP bantu pembayar zakat tunai tanggungjawab

Kempen Year End Zakat PPZ-MAIWP bantu pembayar zakat tunai tanggungjawab

PPZ-MAIWP mengadakan kempen Year End Zakat sehingga sebelum 31 Disember terutamanya bagi yang ingin mendapatkan rebat cukai pendapatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi menggalakkan para pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan, PPZ-MAIWP kini sedang mengadakan kempen Year End Zakat sehingga 31 Disember terutamanya bagi yang ingin mendapatkan rebat cukai pendapatan.

Dengan tema ‘Makna Kaya Sebenar’ kempen yang bermula 18 November itu menekankan pengertian kekayaan iaitu memberi dan berkongsi, bukannya dinilai dengan berapa banyak harta yang dimiliki.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, tema kali ini adalah lebih kepada fokus untuk mendidik masyarakat di mana seseorang yang menunaikan zakat tidak akan jatuh miskin, juga turut mendidik agar manusia tidak mengejar kekayaan.

Abdul Hakim Amir Osman

Tema ini mendidik masyarakat untuk yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu luas dan dengan menunaikan zakat tidak menjadikannya miskin, malah itulah kaya yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena program ini juga, PPZ-MAIWP menyediakan pelbagai program menarik sepanjang kempen sebagai pengisian untuk memupuk kesedaran berzakat kepada seluruh masyarakat Islam.

Kami juga mengadakan pelbagai Bual Bicara Santai hampir setiap hari sepanjang kempen ini berlangsung yang membincangkan isu-isu semasa atau persoalan-persoalan berkaitan zakat secara Live di Facebook rasmi PPZ-MAIWP.

Antaranya Muslimah Corner (khas untuk golongan wanita), Borak Dengan Miro (berkongsi pandangan dengan pembayar, asnaf dan topik lebih santai), ZakaTalk iaitu perbincangan lebih mendalam berkenaan isu-isu semasa dan hukum-hakam berkaitan zakat serta CEO Talk iaitu penerangan tentang zakat dan agihan dengan lebih mendalam bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,” ujarnya.

Katanya lagi, beberapa aktviti lain yang menarik turut disusun sepanjang program berkenaan diadakan seperti baucar percuma eWallet Touch & Go setiap Jumaat kepada 15 pembayar terawal, jamuan makan bersama pembayar bermula 21 Disember ini dan pertandingan serta kuiz di media sosial PPZ-MAIWP.

Lebih menarik lagi, PPZ-MAIWP juga menyediakan caruman percuma bagi Skim Suri Perkeso selama 1 tahun bermula 2024 menerusi slot Untukmu Wanita, serta program turun padang dan sumbangan bakul rezeki di sekitar Wilayah Persekutuan.

Menurut Abdul Hakim lagi, dari segi kaedah pembayaran pula, PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai kemudahan saluran bayaran zakat sama ada secara offline atau online.

Bagi kaedah pembayaran di kaunter, ia beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 4.45 petang selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Disember.

Malah, tempoh lanjutan waktu operasi adalah sehingga jam 9 malam setiap Jumaat dan 21 sehingga 31 Disember ini.

Selain itu, para pembayar zakat juga boleh melayari portal www.zakat.com.my atau aplikasi myZakat.

Bagi mereka yang ingin membuat pembayaran melaui kaunter Zakat Digital, pembayar boleh berzakat dengan hanya satu panggilan melalui Call Centre 1300885757.

Pembayar zakat juga boleh membuat pembayaran mengikut lokasi pembayar melalui kaunter Zakat Bergerak & Ride2U, selain alternatif lain iaitu menerusi ejen-ejen Kutipan Zakat seperti perbankan Internet, Kaunter Bank, Pos, E-Wallet, Firma-firma dan Lain-lain.

Maklumat lanjut berkenaan semua kemudahan bayaran ini boleh didapati di portal PPZ-MAIWP www.zakat.com.my.

Mengulas lanjut, Abdul Hakim turut berkata, terdapat kelebihan yang diperolehi pembayar zakat, antaranya mendapat 100% rebat cukai pendapatan, dilindungi Skim Kafalah Muzakki (Sumbangan Khairat Kematian sehingga RM3,000) serta skim Wakalah (pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan kepada asnaf dari 12.5% – 37.5%)

Sebagai galakan dan penghargaan kepada para pembayar kita, kempen ini turut menyediakan lebih 1,000 hadiah menarik bagi yang membuat bayaran dalam tempoh kempen melalui saluran-saluran pembayaran yang disediakan PPZ-MAIWP.

Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah dan hadiah-hadiah ini merupakan tajaan CIMB Islamic Bank Berhad,” katanya lagi.

Untuk makluman kepada pembayar zakat, jelas Abdul Hakim lagi, MAIWP telah meluluskan kenaikan kadar bantuan pembekalan barangan keperluan asasi asnaf daripada RM150.00 ke RM300.00 sebagai usaha membantu golongan yang terkesan akibat inflasi negara.

Peningkatan kadar bantuan ini pastinya memerlukan lebih banyak dana zakat. Justeru kami berharap dengan adanya kempen ini kutipan yang kami sasarkan akan berjaya di capai agar lebih ramai asnaf dapat menerima manfaatnya.

Saya berharap tidak ada alasan lagi untuk tidak menunaikan kewajipan berzakat kerana InsyaAllah kami di PPZ-MAIWP telah berusaha menyediakan pelbagai kemudahan bayaran zakat bersesuaian dengan keperluan setiap individu,” jelasnya lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya