Kemalangan superbike, Honda City tular disiasat 

Kemalangan superbike, Honda City tular disiasat 

TANGKAP layar video tular memaparkan kejadian sebuah motosikal berkuasa tinggi terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian kemalangan membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Honda City di kilometer 22, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur yang tular di laman sosial.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan mana-mana individu tercedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal jenis BMW S1000RR yang terlibat kemalangan berkenaan dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi kejadian, lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikalnya melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta yang mengubah laluan ke lorong tengah secara tiba-tiba.

“Kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun berhenti di tepi jalan bersama penunggang motosikal tersebut lalu tercetus pertengkaran antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, kemalangan tersebut kini disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Sazila Yusuf di talian 013-3083696 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222,” jelasnya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 35 saat di aplikasi X memaparkan sebuah motosikal berkuasa tinggi terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur.

Susulan perlanggaran itu, pemandu kereta bertindak berhenti di bahu jalan sebelum bertengkar dengan penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, pertengkaran tersebut dihalang oleh kedua ibu bapa pemandu kereta yang turut berada di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya