PETALING JAYA: Keluarga mentua Nurul Ain Haron, 37, di Gaza terselamat daripada serangan terbaharu Israel di Khan Younis selepas gencatan senjata empat hari tamat kelmarin. Nurul Ain berkata, rejim Zionis melakukan serangan berhampiran dengan kawasan perumahan keluarga mentuanya, bagaimanapun mereka terselamat daripada kekejaman Israel itu. Katanya yang pernah terkandas lebih sebulan di Gaza sejak perang meletus berkata, keluarga mentuanya juga sempat ‘menumbangkan’ seekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat setempat yang…










