Kanak-kanak 4 tahun diserang beruk hutan

Kanak-kanak 4 tahun diserang beruk hutan

MOHAMAD Zainuddin Yusuf menunjukkan kecederaan anaknya yang diserang seekor beruk hutan minggu lalu ketika bermain di halaman rumahnya di Kampung Meranto, Gua Musang, Kelantan. – mingguan/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki masih trauma apabila diserang seekor beruk hutan jantan semasa bermain basikal sehingga menyebabkan kulit lengan dan belakangnya terkoyak dalam kejadian di Kampung Meranto di sini, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari pada 20 November lalu, Mohamad Alif Zahiruddin Mohamad Zainuddin, 4, diserang seekor beruk kira-kira 20 meter dari kawasan rumahnya.

Ibu mangsa, Samsuri Ramli, 28, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan suara anak sulungnya yang menjerit kuat. Katanya, dia bergegas keluar rumah dan melihat Mohamad Alif yang tidak berbaju sudah berlumuran darah.

“Anak saya ketakutan dan menangis. Saya melihat kulit lengan kiri dan belakang badan Mohamad Alif sudah terkoyak.“Jiran kami sempat melihat beruk hutan yang melarikan diri ke belakang rumah selepas melihat anak saya berlumuran darah,” katanya.

Samsuri memberitahu, dia segera membawa anak ke Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan susulan.

Katanya, Mohamad Alif me­nerima rawatan selama dua hari di HSIP dan tujuh hari di Hospital Gua Musang selain akan menerima rawatan susulan pada Selasa ini.

Terdahulu, Ketua Peneroka Kampung Meranto, Mohamed Khalid Sulaiman menyampaikan sumbangan makanan kepada Samsuri dan keluarga.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Zainuddin Yusuf, 30, berkata, kemunculan haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kampung itu sudah lama disedari penduduk dan tidak pernah mengganggu penduduk.Katanya, penduduk berada dalam ketakutan dan bimbang perkara sama akan berlaku terhadap kanak-kanak lain yang bermain di kawasan kampung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN