Kaitkan ribut suria sebagai tanda kiamat tidak wajar  - Utusan Malaysia

Kaitkan ribut suria sebagai tanda kiamat tidak wajar 

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Tindakan segelintir pihak mengaitkan fenomena ribut suria yang dijangka berlaku tahun depan dengan keadaan bumi bergelap untuk tempoh-tempoh tertentu sebagai tanda hari kiamat adalah tidak wajar kerana boleh mencetuskan suasana panik dan kegusaran awam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, umat Islam seharusnya merujuk sumber yang berautoriti dan tidak menyebarkan perkara yang tidak pasti.

“Keimanan kita terhadap hari kiamat yang pasti akan terjadi adalah berdasarkan panduan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

”Marilah kita menginsafi dan menghayati kekuasaan Allah serta kebesaran-Nya di sebalik fenomena ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pihak-pihak tertentu yang mengaitkan kejadian ribut suria yang dikatakan bakal berlaku tahun depan sebagai tanda hari Kiamat.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, dalam Islam, perkara-perkara yang akan berlaku pada masa hadapan tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah SWT.

“Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri mengetahui mengenai perkara-perkara ghaib dan masa akan datang berdasarkan wahyu yang disampaikan kepada baginda.

Tambahnya, fenomena ribut suria yang dijangka melanda bumi bermula awal tahun depan merupakan satu fenomena biasa yang bukan pertama kali berlaku dan boleh dijangka kejadian seterusnya oleh para ahli astronomi.

“Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti rutin matahari. Berdasarkan kajian dari badan-badan berautoriti yang berkaitan dari dalam mahu pun luar negara menjangkakan kesan daripada fenomena ini terhadap bumi adalah pada kadar yang minima.

“Paling terkesan adalah perkakasan melibatkan elektrik dan elektronik,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya