KABINET: Dua bekas menteri dilantik timbalan menteri 

KABINET: Dua bekas menteri dilantik timbalan menteri 

NORAINI AHMAD dan M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu yang pernah menjadi menteri dilantik sebagai timbalan menteri dalam senarai rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi ketika pentadbiran Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai Timbalan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang pernah dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) pula dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN