Johor cuti khas peristiwa 17 Disember ini

Johor cuti khas peristiwa 17 Disember ini

Azmi Rohani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada 17 Disember ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia, malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengumuman cuti peristiwa itu juga bersempena kejayaan skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut.

Katanya, pencapaian itu merupakan sejarah gemilang buat bola sepak negeri ini.

“Justeru itu, pada pukul 8.30 malam, 16 Disember ini akan diadakan sambutan bagi meraikan peristiwa bersejarah tersebut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, selepas perlawanan menentang Penang FC.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengisytiharkan 17 Disember ini, iaitu hari Ahad sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi turut memberitahu, pemberian cuti khas itu juga sebagai penghargaan kepada rakyat Johor yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT sejak selama ini.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” jelasnya lanjut.

Semalam, JDT menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekaligus menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super biarpun masih berbaki dua perlawanan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya