Malaysia, Finland kukuh kerjasama bangunkan ekonomi kitaran, ekoindustri - Utusan Malaysia

Malaysia, Finland kukuh kerjasama bangunkan ekonomi kitaran, ekoindustri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Finland akan memperkukuh kerjasama dalam pemba­ngu­nan ekonomi kitaran serta taman ekoindustri bagi memacu pertumbuhan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Menteri Pelaburan, Perdaga­ngan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara tersebut antara dibin­cangkan ketika menerima kun­ju­ngan hormat Duta Besar Finland ke Malaysia, Anne Vasara di pejabatnya di Putrajaya.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat Vasara bagi membincangkan potensi memperkukuh kerjasama Malaysia–Finland dalam memacu pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.

“Perbincangan kami tertumpu kepada potensi kerjasama dalam melaksanakan model ekonomi kitaran di Malaysia, selaras dengan komitmen negara terhadap agenda kemampanan dan tindakan iklim,” katanya dalam kenyataan semalam.

Johari berkata, perbincangan turut tertumpu kepada potensi kerjasama dalam aspek pembaharuan dasar dan kawal selia, pembiayaan dan pelaburan, rantaian bekalan mampan, piawaian dan pensijilan serta pembangunan kapasiti.

“Kami turut bertukar panda­ngan mengenai peluang membangunkan taman ekoindustri.

“Dengan kira-kira 600 taman perindustrian di seluruh negara, Malaysia mempunyai potensi besar untuk menerapkan amalan ekonomi kitaran, bermula dengan taman-taman halal sebagai langkah awal ke arah pembangunan industri yang lebih lestari dan bernilai tinggi,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN