Jentera Pas, BN meriah berkempen saat akhir PRK Kemaman - Utusan Malaysia

Jentera Pas, BN meriah berkempen saat akhir PRK Kemaman

SEBAHAGIAN daripada petugas jentera Pas mengadakan flash mob sempena PRK Parlimen Kemaman di Binjai, Kemaman, petang tadi. - UTUSAN/UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Berbaki beberapa jam lagi tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berakhir, dua parti yang bertanding, Barisan Nasional (BN) dan Pas mengambil peluang meraih undi dengan mengadakan flash mob di beberapa lokasi sekitar daerah ini, petang tadi.

Tinjauan di sekitar Bandar Chukai dan Kampung Binjai di sini mendapati, kedua-dua jentera parti mengibarkan bendera dan menaikkan plakad serta mengagihkan risalah kepada pengguna jalan raya terutamanya perantau yang pulang untuk mengundi.

Meskipun hujan renyai-renyai, mereka tetap bersemangat berkempen untuk meraih sokongan daripada pengundi.

Suasana kempen itu bertambah hangat apabila pemandu kenderaan masing-masing membunyikan hon menyatakan sokongan kepada jentera parti tersehut.

Bagaimanapun, flashmob yang berlangsung di persimpangan lampu isyarat Chukai, sedikit tegang apabila berlaku kekecohan antara kedua-dua jentera parti.

Bagaimanapun, ketegangan itu berjaya dileraikan pihak polis.

PRK Parlimen Kemaman yang bakal berlangsung esok, menyaksikan pertembungan antara calon BN, Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya