BESUT: Seorang ibu sarat mengandung sembilan bulan meredah banjir sedalam hampir satu meter untuk berpindah ke pusat pemindahan ementara (PPS), di sini semalam. Fatin Nasuha Mohd Yusof, 28, berkata, dia tidak menyangka kepulangannya ke Kampung Darau, Besut untuk bersalin menjadi detik cemas apabila kediaman ibunya dilanda banjir sejak petang kelmarin. “Hujan lebat awal menyebabkan air naik secara tiba-tiba, tetapi nasib baik air naik waktu siang, senang untuk berpindah berbanding pada…










