Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) mengadakan Majlis Hi-tea di Grand Barakah Hotel Ampang 2023 baru-baru ini.
Majlis tersebut diadakan bertujuan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan ahli setelah tiga tahun dilanda pendamik Covid-19.
Hadir sama Presiden Kelab,Tan Sri Khalid Yunus dan timbalannya Tan Sri Suleiman Mohamed.
Yang turut hasdir kira-kira 30 ahli diraikan dengan meriah yang diiringi dendangan karaoke dari peserta dan tetamu.
Khalid dalam ucapan mengumumkan rancangan KVUM tahun 2024 iaitu akan mengadakan perkhemahan di Rock Garden Himalaya Resort Gopeng pada Februari dan Perjumpaan Hari Raya pada. Semua yang hadir menerima buah tangan , dan cabutan bertuah untuk dibawa pulang.-UTUSAN










