Henti komen spekulasi kematian Zayn Rayyan

Henti komen spekulasi kematian Zayn Rayyan

DATUK HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Orang ramai diingatkan agar tidak membuat komen serta spekulasi di media sosial berhubung kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara tersebut dikesan pihaknya ekoran beberapa komen pada hantaran di media sosial TikTok.

Katanya, tindakan tersebut secara tidak langsung mengganggu emosi keluarga yang dalam kesedihan serta mewujudkan kegusaran orang ramai.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen yang berkaitan kes yang masih dalam siasatan jenayah oleh pihak polis.

“Komen-komen seperti ini bukan sahaja mewujudkan kegusaran orang ramai tetapi mengganggu emosi keluarga yang dalam kesedihan atas kehilangan anak yang disayangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, mayat Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, bahawa terdapat kesan ‘defensive wound’ dipercayai mangsa bergelut dengan suspek.

Tambah beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan individu yang dicari itu merupakan seorang yang tahu selok-belok kawasan perumahan dan tempat mayat mangsa dibuang.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. 

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, media melaporkan mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut ketika itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN