Dua maut kemalangan dua kereta

Dua maut kemalangan dua kereta

KEADAAN dua buah kereta yang remuk di bahagian hadapan dalam kemalangan di Kampung Ketemba, Jalan Baru Kulim-Baling-Grik di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Ketemba, Jalan Baru Kulim-Baling-Grik, pada pukul 5.20 petang, semalam.

Mangsa yang maut merupakan pemandu kereta Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd. Sukri, 29, dan penumpang kereta Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59.

Mohammad Syawal meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital manakala Rokiah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, Proton Persona itu membawa empat penumpang dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan ke Sidam.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Proton Persona. 

“Akibat perlanggaran tersebut, Perodua Kancil tersebut berpusing beberapa kali menyebabkan penumpang hadapannya cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pada pukul 6.45 petang, polis menerima maklumat daripada Hospital Baling memaklumkam pemandu Proton Persona juga telah meninggal dunia dalam ambulans,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kemalangan itu, isteri kepada Mohammad Syawal, Nor Afiqah Johari, 27, pula mengalami patah kaki kiri manakala ibunya, Noor Milia Khidil, 54, cedera pada badan.

Dua lagi penumpang, Ahmad Wafiy Mohd. Sukri, 18, dan anak mangsa, Aisyah Mohamad Syawal tidak cedera.

Sementara itu, anak kepada Rokiah yang memandu Perodua Kancil, Mohd Fawwaz Faizal, 28, mengalami cedera di muka.

Ketika kejadian Mohd. Fawwaz dipercayai baru menjemput ibunya pulang bekerja di sebuah kilang di Kulim. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya