Digital ID: Terima kenyataan negara harus maju -Anwar

Digital ID: Terima kenyataan negara harus maju -Anwar

ANWAR Ibrahim mencuba peranti Identiti Digital Nasional hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat harus menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Justeru, Perdana Menteri berkata, kebimbangan orang ramai terhadap pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID adalah tidak berasas. 

Malah, Anwar menyifatkan, inisiatif Digital ID yang secara rasminya bermula hari ini merupakan satu kejayaan yang terpahat dalam sejarah negara. 

“Saya sendiri mendaftar dan mencubanya sendiri sebelum bermula mesyuarat Kabinet bersama Jemaah Menteri yang turut sama membuat membuat pendaftaran antaranya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Sewaktu ditemui media, saya tegaskan, dan memberi jaminan, tiada cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor kononnya ini kebimbangan sesetengah pihak selepas pelaksanaan IDN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Pada masa sama, Anwar meminta orang ramai untuk mendengar penjelasan daripada kementerian yang bertanggungjawab berhubung pelaksanaan Digital ID. 

“Mana-mana pihak yang saksi, perlu mendengar dahulu penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung Digital ID supaya ia tidak menjejaskan keyakinan mereka,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN