Dewan Negara bahas usul tergempar isu Palestin

Dewan Negara bahas usul tergempar isu Palestin

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Negara petang ini akan membahaskan usul tergempar isu membantah dan mengecam kekejaman serta kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia selepas mengambil kira usul itu adalah perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. 

“Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini dibahaskan di dewan bermula 4.30 petang hingga 5.30 petang,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.

Justeru, usul dikemukakan Senator Hussin Ismail di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1) itu dibahaskan selama satu jam bermula 4.30 petang. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN